Selepas berehat panjang dari kecederaan nama bekas penyerang Negara Nazrin Nawi kurang menjadi bualan para peminat bolasepak Negara. Nazrin Nawi yang sebelum ini menyertai Johor Darul Ta’zim sebelum dia meninggalkan kelab itu dan menyertai Perak.
Nazrin mengalami kesukaran untuk mendapat tempat di Johor Darul Ta’zim dan mengakui bahawa dia gembira meninggalkan kelab itu dan menyertai Perak.
Nazrin Nawi kembali bermain dengan pasukan
Selepas perak pada musim yang lalu, kini Nazrin Nawi bersama pasukan Melaka United namun kelibatnya masih lagi tidak kelihatan dalam saingan Liga.
Rupanya pemain ini baru sahaja baik daripada kecederaan lutut kanan dan terpaksa melupakan empat perlawanan Liga Super. Pemain ini mengalami kecederaan pada aksi pra musim pada awal Januari lalu di Vietnam.
DIa yakin akan dapat membantu pasukan barunya dalam saingan pada perlawanan kelima ini. Katanya dia tekad untuk membantu pasukan barunya itu untuk mendapatkan kemenangan pada ahad ini di Stadium Hang Jebat Kuala Lumpur.
Katanya dia sangat terkilan tidak dapat membantu ” Saya memang rasa sedih dan terkilan sedikit kerana tidak dapat lagi membantu pasukan, namun apakan daya kecederaan ini membataskan sentuhan saya setakat ini”
Dalam masa yang sama pemain ini mengatakan bahawa dia sudah siap sedia untuk digunakan pada perlawanan akan datang ini. ” Saya kini rasa lebih baik namun masih dalam proses membina kecergasan kembali. Namun jika barisan kejurulatihan memberi peluang, saya yakin saya akan membuktikan kemampuan yang saya miliki”
Aku harap Nazrin kembali menyinar dalam arena bolasepak Negara dan dapat membantu pasukan Negara pada masa akan datang dimana kini kita sangat memerlukan pemain tempatan dalam jentera serangan.
Sampai bila nak letakkan Mat yo je depan tu, takkan kita nak letak Zaquan yang memang kita tahu tahap kemampuan dia pi tang pi tang tu sahaja.
Leave a Reply