Hidup berpoligami, penyanyi dan pelakon Ezlynn izinkan suami kahwin lagi buat kali ketiga.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok KopiPlanet, Ezlynn atau nama lengkapnya Azline binti Ariffin memaklumkan dia memberi keizinan suaminya, Wan Mohd Hafizam untuk menambah isteri ketiga.
Pelatun lagu Hi Hi Bye Bye’ berkata, suaminya mahu mencari isteri dari negara jiran, Indonesia.“Suami kata nak cari isteri lagi satu, nak orang Indonesia pula.“Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak. Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, terpulang. Kita hanya merancang.“Saya memang izinkan,”katanya.
Jelasnya penyanyi berusia 42 tahun, dia juga mempercayai fitrah lelaki mampu mencintai lebih dari seorang wanita dalam satu masa.
Jadi suaminya tidak mempunyai ‘alasan’ mengapa dia mahu berkahwin satu lagi.“Lumrah seorang wanita atau isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ bila suami kata nak kahwin lain tapi suami memainkan peranan penting untuk menjaga hati isteri-isteri,”katanya lagi.
Sementara itu, dia menyerahkan segala-galanya termasuk urusan jodoh kepada Allah SWT kerana tahu Dia adalah sebaik-baik perancang.
Terdahulu, ketika ditemui OhMyMedia, Ezlynn berkongsi amalan bagi menghilangkan perasaan cemburu dalam hidup berpoligami iaitu seseorang itu perlu melakukan solat sunat taubat.
Tegasnya, suami hanya pinjaman sementara yang dikirimkan oleh Allah dan seorang isteri perlu reda menerima takdir berpoligami seandainya ia dapat menggembirkan hati suami.“Perasaan cemburu (isteri) mesti akan datang, ia lumrah bagi naluri seorang wanita.“Apa yang perlu dibuat jika sedih adalah pergi ambil wuduk dan solat sunat taubat. Segala masalah akan rasa ringan dan gembira. Kita kembali kepada Allah (bersujud) secepat mungkin,”kongsi Ezlynn.
Sekadar info, Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011. Namun, mereka bercerai pada 23 Oktober 2017.
Ezlynn kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
Menurutnya, selepas empat tahun solo, dia mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya iaitu ‘kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat.’
Sumber: TikTok KopiPlanet
Leave a Reply