JDT buktikan yang mereka tidak layak digelar jenalti


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Semalam telah berlangsungnya perlawanan diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan pasukan Selangor FA di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini berlangsung dengan penuh senggit diantara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi penuh tenaga dari awal sehingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan ini beraksi seperti 200% apabila mereka ingin menutup mulut pengkritik mereka, baik dari peminat negeri sendiri atau luar. Disamping itu, kedua-dua pasukan juga mengeluarkan dan menguji pemain import baru yang mereka ikat diakhir waktu jendela perpindahan musim ini.

JDT buktikan yang mereka tidak layak digelar jenalti

Setelah digelar “JENALTI” oleh seorang wartawan daripada surat akhbar Malaysia. Gelaran ini diberikan kepada pasukan JDT kerana mendapat 4 sepakan penalti dalam 4 perlawanan sebelum ini. Oleh itu, pasukan Johor darul Ta’zim membuktikan mereka bukannya pasukan yang berharap kepada sepakan penalti semata-mata.

JDT buktikan yang mereka tidak layak digelar jenalti

Mereka membuktikan bahawa mereka mampu menang tanpa bantuan sepakan penalti apabila mereka berjaya menjaringkan 4 gol keatas pasukan Selangor malam tadi tanpa sebarang ihsan daripada pengadil perlawanan. Jaringan gol ini pula bukannya dihasilkan daripada perlawanan ditempat sendiri tetapi ditempat lawan.

Komen jurulatih Johor Darul Ta’zim

Menurut pengendali skuad Harimau Selatan Luciano Figuerora, dia menegaskan bahawa dia langsung tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh orang luar. Katanya mereka berhak untuk bercakap apa sahaja mereka ingin cakap, tapi kami akan bermain dengan cara kami.

“Sejujurnya saya tidak ambil peduli apa mereka cakap, walaupun mereka mengelarkan kami dengan gelaran “Jenalti”. Orang luar sentiasa akan bercakap mengenai JDT. Tetapi kami akan sentiasa bermain bolasepak dengan cara kami sendiri, tidak kesah mengenai perkara lain.”

Apa yang paling penting buat kami, adalah terus mendapatkan kejayaan untuk pasukan Johor Darul Ta’zim. Inilah matlamat kami iaitu ingin sentiasa mengulang setiap kejayaan yang telah kami perolehi pada tahun-tahun sebelum ini.

Adalah kejayaan yang telah kami perolehi sebelum ini adalah hasil bantuan daripada penggadil semata-mata? Anda harus menilai dahulu pasukan ini sebelum mengatakan bahawa pasukan ini adalah pasukan yang sentiasa mendapat belas ihsan pengadil.

Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian, Figueroa meluahkan rasa gembira dengan persembahan yang cemerlang barisan pemainnya sehingga membawa pulang 3 mata berharga dan seterusnya menjadi pendahulu liga sementara sebelum Kedah melengkapkan perlawanan ke-5 mereka.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*