Akhyar dan Safawi Rashid Jadi Rebutan


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Pertengahan bulan 3 ini akan menjadi hari sibuk bagi arena bolasepak Malaysia apabila 2 kejohanan akan berlangsung yang melibatkan pemain senior dan juga bawah pemain bawah 23 tahun Malaysia. Yang akan menarik perhatian peminat adalah percaturan dan pemain yang ingin dibawa oleh 2 jurulatih Malaysia.

Jurulatih Harimau Malaya  Tan Cheng Hoe belum lagi mengeluarkan nama-nama pemain yang ingin dibawanya untuk mewakili Harimau Malaya dalam misi mempertahankan Piala Merdeka atau kini dikenali sebagai Piala Airmarine seterusnya memperbaiki ranking fifa bagi Malaysia.

Dalam masa yang sama Datuk Ong Kim Swee meminta agar beberapa pemain tidak dipanggil oleh pasukan Senior dibawah bimbingan jurulatih TCH.

Akhyar dan Safawi Rashid Jadi Rebutan

Antara nama pemain yang dikatakan menjadi rebutan kedua jurulatih sebelum ini kata peminat adalah Akhyar Rashid, Safawi Rashid, Syahmi Safari dan Syamer Kutty Abba.

Pemain-pemain ini merupakan pemain muda negara yang kini sedang bersinar. Pemain ini pasti seperti tersepit apabila kedua-dua pasukan yang boleh diwakili mereka beraksi dalam bulan dan masa yang sama.

Akhyar dan Safawi Rashid Jadi Rebutan

Namun dalam satu berita yang aku dapati, Pemain Muda bermain dengan skuad b-23 dan tidak perlu dijadikan isu lagi oleh peminat. Tan Cheng Hoe mengatakan bahawa keempat-empat pemain tersebut boleh membantu skuad B-23 negara mara sekali lagi ke saingan AFC B-23 seperti tahun lalu.

“Kita akan memanggil nama-nama pemain lain yang sedang on perform dalam saingan Liga M bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh 4 pemain ini. Pemain ini diharapkan mampu membantu skuad kendalian Kim Swee bagi kelayakkan kali ini”

Harimau Muda Dalam Kelayakkan Piala AFC B-23

Untuk pengetahuan semua, skuad harimau muda telah diundi dalam kumpulan J bersama dengan pasukan dari China, Laos dan Filipina. Mereka akan layak masuk ke dalam pertandingan sebenar AFC B-23 sekiranya dapat menduduki tempat pertama atau kedua kumpulan.

Pada edisi lepas Malaysia berjaya layak ke pertandingan ini. Maka sekali lagi Peminat mengharapkan agar Malaysia berjaya sekali lagi layak untuk menyertai kejohanan AFC 23 ini pada edisi 2019 tahun ini.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*