Memetik daripada laporan akhbar berita harian 11 March mengatakan bahawa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim mencetuskan tanda tanya apabila baginda bertemu dengan pemilik kelab Valencia Peter Lim.
Dalam akhbar tersebut ada mengatakan bahawa pemilik kelab Johor darul ta’zim ini berkemungkinan bakal melebarkan lagi sayapnya ke Sepanyol dengan membeli pasukan yang sedang bersaing dalam La Liga.
Namun perkara ini masih lagi spekulasi media tempatan dan sepanyol buat masa ini kerana tiada kepastian apakah yang diperbincangkan oleh kedua-dua pengurus. Kedua-dua individu ini juga saling kenal antara satu sama lain kerana mereka pernah membuat kerjasama antara dua pasukan valencia dan Johor Darul Ta’zim.
Dalam pertemuan yang sama, media Sepanyol mengatakan bahawa Jorge Mendes dan pemain bolasepak dunia Cristiano Ronaldo juga berana di sana. Pertemuan ini berlangsung di Restoran di Turin Itali.
Sebelum ni beli saham Milan
Jika sebelum ini Tunku Ismail dikatakan membeli saham kecil pasukan Milan walaupun ianya tiada kenyataan rasmi dari baginda sendiri. Baginda dalam satu temubual bersama wartawan dari The Straits Times Singapura pada april 2016 pernah mengatakan bahawa baginda berminat untuk membeli milan namun harus melihat dulu keadaan semasa.
Katanya baginda minat dengan kelab itu sejak dari kecil. Dan katanya jika dia boleh melabur untuk kelab bolasepak Eropah maka tempatnya pasti di Milan kata baginda.
Leave a Reply