Ini Jawapan Untuk Haters Kata JDT pasukan Penalti


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Aku yakin korang semua sudah mengetahui keputusan penuh perlawanan bagi Liga juara-juara AFC semalam diantara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Gyeongnam FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunus semalam.

Walaupun seri ditempat sendiri, pasukan yang pertama kali masuk dalam kejohanan ini nampaknya diluar jangkaan ramai apabila memberikan persembahan yang sangat luar biasa di mata peminat bolasepak Tanah Air.

Namun begitu, sudah semestinya dalam satu tandan pisang sudah pasti ada yang busuk begitu juga lumrah hidup apabila ramai menyokong perkembangan bolasepak tanah air ada juga yang jeles dengan apa yang Johor DT miliki. Ini selepas ada diantara peminat mengatakan tanpa “Penalti” Jdt takkan boleh buat apa-apa.

Ini Jawapan Untuk Haters Kata JDT pasukan Penalti

Ini Jawapan Untuk Haters Kata JDT pasukan Penalti

Kepada mereka yang merasakan JDT hanya berharap kepada penalti, maka renungkan dan analisis perlawanan tersebut. Adakah penalti itu diberikan tanpa sebab musabab yang munasabah?

Jika dilihat pada perlawanan semalam, pasukan JDT seperti selesa dengan bola dan sentiasa “build up” perlawanan dari bawah sehingga ke gawang lawan. Jadi sudah pasti apabila sampai di kotak D tempat lawan maka kesilapan pasti akan dibuat pasukan lawan yang takut gawang dibolosi.

Penalti diberikan apabila bola terkena tangan pemain lawan. Jadi penalti itu berhak diberikan kepada JDT semalam walaupun masa pertama sepatutnya JDT dihadiahkan penalti lebih awal apabila bola terkena pemain lawan namun sayang pengadil tidak nampak.

Kalau tengok analisis perlawanan semalam berapa banyak sepakan berjaya dilepaskan oleh Johor Darul Ta’zim berbanding pasukan lawan. 2 peluang terbaik menerusi Sapawi juga antara peluang untuk JDT boleh menang game semalam namun sayang nasib dan takdir tidak menyebelahi mereka.

Aku malas nak tulis panjang-panjang cuma aku nak nasihatkan kalau pasukan korang tu nak penalti banyak serang la banyak sikit jangan serang sampai tengah hilang. Tahniah JDT kerana berjaya memperolehi satu mata berharga buat kali pertama di AFC. Jangan jeles dengan perkembangan bolasepak tanah air. #Peminat JDT dari jauh.

Artikal Popular :

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*