usia 23 tahun, Esma Daniel kembali bergelar suami

Esma Daniel kembali bergelar suami

Selepas lima tahun menduda, pelakon senior Esma Daniel terbuka hati untuk kembali mendirikan rumah tangga dengan memilih Nur Atira Mazlan sebagai teman hidupnya.

Menurut laporan mStar, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kajang, Selangor hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Esma Daniel (@esmadaniel)

“Rasa gementar tetap ada”

Pelakon berusia 54 tahun itu berkata, dia tetap berasa gementar walaupun pernah mempunyai pengalaman dua kali berkahwin sebelum ini.Esma Daniel kembali bergelar suami.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Kami bertunang pada 22 Januari lalu dan pada awalnya rancang ‘ikat’ selama setahun sebelum nikah. Tetapi rasanya elok disegerakan apabila keluarga pun merestui hubungan kami.
“Saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini, rasa gementar tetap ada,” katanya.

BACA LAGI:Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek

Bercerita lanjut, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu berkata, dia merasakan Atira merupakan pasangan yang sesuai sebelum membuat keputusan untuk ke jenjang pelamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Esma Daniel (@esmadaniel)

“Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat.
“Lima tahun saya menduda… keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi,” ujarnya lagi.

Kongsi Esma, pada mulanya penerimaan isteri terhadap kerjayanya agak berbeza tetapi dia berusaha meyakinkan dengan kerap membawa wanita berusia 31 tahun itu ke lokasi penggambaran supaya dapat memahami situasi.

BACA LAGI:Isteri selamat bersalin bayi perempuan, Fizo omar 

Untuk rekod, Esma pernah berkahwin dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Dia kemudian bertemu jodoh dengan Nitra Sari Omar pada 2002 dan dikurniakan enam cahaya mata, namun bercerai pada 2016.

SUMBER:MSTAR

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*