Walaupun sudah berjaya menjadi pasukan juara liga super 6 kali berturut-turut, pemilik Johor Darul Ta’zim TMJ mengatakan bahawa pasukannya JDT lebih selesa memegang status “underdog” dan berkata pasukan Kedah atau Selangor merupakan pilihan untuk menjadi juara Liga Super musim 2020.
Perkara tersebut dikatakan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sesi No Hold Barren yang mana sasaran Johor Darul Ta’zim kali ini adalah untuk berada di kelompok empat pasukan teratas saingan Liga.
Menurut TMJ lagi saya tidak melihat pasukan ini sebagai pesaing namun saya melihat mereka sebagai pasukan juara kerana mereka telah banyak melabur iaitu ada yang sehingga 30 juta. Sepatutnya pasukan ini akan menjadi juara.
Tambahnya lagi, kita pun tiada duit untuk melabur banyak macam tu dan boleh beli pemain dengan mudah. Kami hanya mensasarkan untuk berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik sahaja. Kata TMJ.
Kedah dilihat bersungguh-sungguh kali ini apabila mereka berjaya membawa beberapa nama besar didalam pasukan mereka.
Jika dilihat pada perkembangan ini dapat kita lihat bahawa pasukan dalam saingan liga super nampak bersungguh-sungguh bagi saingan 2020 dan adakah kita bakal melihat juara baru selepas beberapa tahun berjaya diperolehi oleh Johor Darul Ta’zim.
Leave a Reply