Dalam satu sesi Live yang telah diadakan oleh Tunku Mahkota Johor semalam baginda banyak mengupas soalan tentang bolasepak tanah air dan khususnya pasukannya Johor Darul Ta’zim. Antara topik yang menarik untuk dikongsi adalah pemain import memberi satu peningkatan aksi pemain tempatan.
Menurut baginda tentang persoalah adakah persaingan diantara pemain import dan pemain tempatan menjadikan kualiti pemain tempatan kita semakin meningkat baginda berkata ia adalah benar. Contohnya adalah Safawi Rashid yang berada pada tahap ini kerana mempunyai saingan daripada pemain luar.
Katanya Safawi Rashid sebelum ini kena compete dengan pemain seperti Gabi Guerra dan beliau harus memberikan yang terbaik bagi mendapatkan tempat untuk beraksi di tempat Gabi Guerra dan ia dapat kerana hasil usahanya.
TMJ turut memberikan kata yang pemain natrulisasi juga merupakan antara ffaaktor peningkatan kualiti terhadap liga super dan juga kepada pasukan Malaysia pada hari ini yang nampak berbeza dengan pasukan sebelum-sebelum ini.
“Kita boleh lihat apa yang dibawa oleh pemain naturalisasi seperti Matt Dabies, Brendan Gan dan Mohamadou SUmareh mereka benar-benar membawa perbezaan kata baginda.”
Leave a Reply