Aku yakin dan pasti korang semua sudah sedia maklum bahawa gol cantik Syahmi Safari semasa perlawanan separuh akhir menentang Thailand pada tahun lalu dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia untuk Anugerah Puskas FIFA.
Jadi untuk itu aku nak bawa korangĀ throwback balik jaringan gol tersebut dan gol Faiz Subri pada beberapa tahun sebelum itu.
Video Gol Syahmi Safari vs Gol Faiz Subri
Video diatas ini menunjukkan jaringan gol diluar kotak penalti yang dijaringkan oleh Syahmi Safari. Gol ini dikatakan sebagai gol terbaik sepanjang kejohanan AFF 2018 yang lalu. DImana gol ini dijaringkan menerusi gerakkan sepasukan sebelum satu rembatan padu dilepaskan oleh Syahmi Safari diluar kotak penalti sehingga membuatkan penjaga gol hanya terbang tanpa menyentuh bola.
Manakala ini merupakan gol Faiz Subri 3 tahun yang lalu. Jaringan ini dikatakan jaringan tak masuk akal apabila sepakkan percuma Faiz Subri itu melencong sehingga memperdayakan penjaga gol Pahang.
Jaringan ini dijaringkan pada minit ke 61 apabila pemain penang Fa dikasari oleh pemain Pahang. Jaringan ini juga telah membawa nama Malaysia ke Puskas dan ketika itu Faiz SUbri berjaya mendapatkan top 3 jaringan paling cantik.
Gol Syahmi Safari vs Gol Faiz Subri
Kalau dibezakan kedua-dua gol maka ianya berpunca dari 2 suasana berbeza. Syahmi menjaringkan gol menerusi gerakkan sepasukan. Manakala gol Faiz Subri adalah hasil daripada sepakkan percuma.
Gol Faiz SUbri dianggap luar biasa apabila ada yang mengatakan bahawa gol tersebut lawan hukum fizik. Manakala Gol Syahmi Safari adalah gol yang biasa tetapi gerakkannya membuatkan gol itu menjadi antara gol tercantik.
Jika aku sebagai juri, jaringan gol Faiz Subri dan Gol Syahmi Safari berada dalam satu anugerah yang sama maka gol tercantik bagi aku adalah gol Syahmi Safari, manakala gol Faiz Subri adalah gol luar biasa yang tiada duanya.
Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab bagi aku bolasepak adalah satu permainan yang memerlukan sepasukan saling membantu dan bekerjasama. Maka gol itu dijaringkan hasil daripada kerjasama sepasukan dan hanya finishing itu sangat luar biasa.
Ini pendapat aku kalau korang rasa ada pendapat lain bagi la. Kita buka pendapat masing-masing kerana kita berfikir cara masing-masing hahaha.
Leave a Reply