Bekas Jurulatih JDT bakal bimbing Selangor FA


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Dalam minggu ini khabar angin mengatakan Morio Gomez bakal membimbing pasukan Selangor semakin bertiup kencang apabila ada netizen mengatakan bahawa kelibat Jurulatih ini sudah dilihat berada di Selangor. Perkara ini dimuat naik oleh penyokong the red giants dalam salah sebuah group di facebook.

Sebelum ini, Utusan Malaysia ada memuat naik berita mengatakan bahawa beberapa orang jurulatih dalam pemerhatian SElangor bagi mengantikan jurulatih semasa B. Sathianathan yang dikatakan gagal mengawal anak buahnya untuk mempamerkan aksi luar biasa di awal saingan Liga SUper.

Bekas Jurulatih JDT bakal bimbing Selangor FA

Antara nama jurulatih dikatakan akan mengisi tempat jurulatih pasukan itu adalah Bojan Hodak, Gomez dan Marcote.

TIADA BERITA RASMI

Namun sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Selangor FA. Ini hanyalah berita yang bertiup kencang daripada fans selangor sahaja sehingga ke hari ini. Menurut SElangorfans_official didalam media sosial Instagram mengatakan “ayuh sama-sama kita tunggu desas desus ini”.

PELATIH PERSIB BANDUNG AKAN BIMBING PASUKAN MALAYSIA

Namun berbeza pula rumuors daripada indonesia yang mengatakan “Mario Gomez” bakal membimbing pasukan daripada Malaysia. Ini selepas satu tweet daripada Indostransfer mengatakan bahawa jurulatih Persib bakal ke Malaysia bagi membimbing satu pasukan yang sedang beraksi dalam Liga Super.

Jurulatih yang dimaksudkan oleh pemilik twitter tersebut adalah Mario Gomez.

JURULATIH DEMAND

Mario Gomez adalah jurulatih yang pernah membimbing pasukan Johor Darul Ta’zim ini antara jurulatih import yang paling berjaya di Liga Malaysia. Gomez tidak disambung kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim adalah disebabkan terlalu banyak meminta (kata netizen).

Oleh itu ada juga yang berpendapat mampukah Selangor untuk melayan jurulatih ini sekiranya mereka benar-benar berminat untuk mendapatkannya.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*