Dulu ibu hamiI sarat bawa perut kini bayi kembar 3 selamat dilahirkan

Bayi Kembar Tiga

Betul lah orang cakap , Rezeki tak pernah salah alamat , dulu ibu hamiI sarat bawa perut, kini bayi kembar 3 selamat dilahirkan

Rezeki terindah, inilah yang boleh dikatakan mengenai perjalanan kisah seorang ibu yang tular videonya satu ketika dahulu diketika pasangan ini mengumumkan kehamilan jantina kembar tiga mereka bersama kedua orang tuanya.

Menerusi perkongsian ibunya, Pn Nur Hanis Hairani, ungkapan penuh syukur diluahkan selepas selamat melahirkan ketiga-tiga bayinya dengan lancar.

Paling menarik pastinya anugerah dua cahaya mata perempuan yang dinantikan sekian lama oleh pasangan suami isteri ini.

Alhamdulillah , mommy dah selamat bersalin triplets.

“Semua sihat alhamdulillah. Cuma mommy tak dapat tengok ketiga-tiga serentak lagi. Tadi dapat kiss depa one by one ja dulu. Rinduuuu ,” kongsinya lagi.

bayi kembar 3

 

bayi kembar 3

Bayi Kembar 3

Kini ketiga-tiga bayi comel yang dinantikan atuk dan nenek itu sudah pun selamat dilahirkan semalam.

Baca lagi: lelaki main telefon biarkan ibu hamil berdiri tunggu giliran

Dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki yang dinantikan ini masing-masing meliki berat 2.5kg, 1.9kg, 2.05kg.

Malah kongsi Pn Hanis lagi, lebih mengejutkan bila mana bayi perempuan mereka adalah pasangan kembar seiras yang berkongsi uri yang sama.

Namun begitu kongsi ibu kepada lima cahaya mata ini lagi, sehingga kini dia masih belum lagi bertemu dengan tripletsnya.

“Mommy belum jumpa triplets lagi sebab depa masih on oxygen untuk pantauan dan depa buat suprise rupanya. Baby A dan B girls tu kembar seiras depa share 1 uri.

“Tak berat sangat tapi depa nampak bambam macam abang-abang depa. Abang Aydan Nayl lahir 3.27kg ja tapi bambam ketui-ketui.

“Adik-adik triplets pun jenis badan montok-montok. Muka depa banyak follow muka abang Aydan ni juga setakat yang duk tengok,” katanya lagi.

bayi Kembar 3

Biarpun sudah punya dua cahaya mata sebelum ini, namun kehadiran si kembar tiga yang keluarga ini benar-benar membuatkan seluruh keluarga teruja.

Dalam pada itu, kedua-duanya turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan pasangan ini dan mendoakan kelancaran kelahiran baby triplets.

“Mommy dedy cakap terima kasih doakan  dan ucap tahniah. Semoga yang menanti zuriat dikurniakan zuriat tahun depan inshaAllah.

“Aunty uncle doakan baby triplets cepat-cepat dapat off oxygen dan boleh room in dengan mommy ,” kongsinya lagi.

Baca Lagi : Menangis ngidam naik kereta kebal, hajat ibu hamil tercapai dengan bantuan ATM

Terdahulu, pasangan ini pernah tular menerusi video perkongsian gender reveal yang digantikan oleh kedua orang tua mereka bersama anak-anak. Memang lain dari yang lain namun suasana gamat menarik perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, malah kandungan sarat dengan perut ibu ini yang agak besar turut sama menarik perhatian ramai sehinggalah detik melahirkan.

Sumber : Majalah Masa Fan

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*