Walaupun perlawanan Piala Airmarine belum dimulakan lagi nampaknya pemain Afghanistan memilih Malaysia menjadi lawan mereka di Final. Piala Airmarine merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan 4 pasukan iaitu pasukan Malaysia sebagai tuan rumah, Afghanistan, Oman dan Singapura sebagai pemain jemputan.
Perlawanan pertama bagi Piala Airmarine bermula pada hari rabu 20 hb march 2019. Perlawanan bermula pada jam 4.30 petang melibatkan pasukan jemputan Oman menentang Afghanistan.
Malaysia vs Singapura Piala Air Marine
Perlawanan pada hari rabu juga melibatkan pasukan Harimau Malaya. Harimau malaya akan turun menentang Singapura pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan ini melibatkan 3 perlawanan sahaja iaitu, perlawanan pertama menentukan siapa akan ke final untuk merebut juara dan naib juara. Manakala pasukan kalah akan berlawan bagi merebut tempat ke-3.
Afghanistan Tidak Sabar Jumpa Malaysia Di Final
Pemain afghanistan yang bermain untuk pasukan The Red Warriors Mustafa tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan Harimau Malaya. Penyataan itu dikeluarkan selepas ditanya oleh wartawan siapakah lawan mereka jika berjaya menewaskan pasukan Oman pada perlawanan pertama.
Namun untuk perlawanan pertama mereka terpaksa bertemu dengan pasukan yang berada di ranking ke 90 dunia. Oleh itu sudah pasti mereka akan menghadapi kesukaran namun itu tidak menjadi halangan kerana Afghanistan juga ingin merebut mata untuk ranking fifa.
MALAYSIA INGIN BAIKI RANKING
Seperti dikatakan oleh pengendali Harimau Malaya, Malaysia turun pada Piala ini adalah untuk membaiki ranking dunia. Oleh itu, singapura adalah pasukan yang wajib dikalahkan sebelum bertemu diantara oman dan afghanistan.
Peminat rata-rata ingin melihat corak permainan yang lain dari TCH seperti mana pasukan ini menampilkan dalam perlawanan di Piala AFF pada musim lepas.
Leave a Reply