JDT Pasukan 3 Terbaik Asean


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh pasukan selatan tanah air. Tidak boleh diragui lagi apabila dikatakan pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim merupakan salah sebuah pasukan paling berjaya di Malaysia pada zaman ini. Menerusi pasukan ini juga nama Malaysia dibawa ke peringkat antarabangsa.

Apabila ditulis mengenai kejayaan Johor DT ini sudah pasti terlalu banyak Piala dimiliki oleh mereka semenjak diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail pada beberapa tahun lalu.

Dibawah TMJ banyak pembaharuan dibuat, banyak kejayaan dicipta dan kini mereka pasukan paling digeruni di Malaysia. Kejayaan di Malaysia ini nampaknya tidak cukup untuk JDT apabila mereka kini cuba bersaing di peringkat Asia pula dan merebut antara pasukan terbaik.

JDT Pasukan 3 Terbaik Asean

Tahukah anda pada kali ini, Johor Darul Ta’zim menduduki kedudukan ketiga pasukan terbaik ASEAN mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Footyrankings.Ini berdasarkan dari mata yang dikutip dari perlawanan konfederasi bolasepak Asia (AFC) sejak dari tahun 2016 sehingga Mac 2019.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Footyrankings pada 13 mac yang lalu, Johor Darul Ta’zim berada pada kedudukan kedua dalam senarai rantai ini dibelakang pasukan Australia Sydney FC.

JDT Pasukan 3 Terbaik Asean

JDT sebelum ini menduduki tempat ketiga di kalangan kelab Asia Tenggara pada November 2018 tetapi berjaya memintas pasukan Melbourne Victory dari Australia kerana pungutan mata dari dua perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) diambil kira.

JDT menduduki tangga ke-28 di Asia manakala Sydney FC di tangga ke 25 dan Melbourne Victory kini di kedudukan ke-30. Kelab Thailand Buriram United dan Muangthong United berada ditangga ke-31 dan ke-40 masing-masing dan Ceres Negros dari Filipina menduduki tempat ke-32. Home United dari Singapura (ke-48) adalah satu-satunya kelab Asia Tenggara yang lain dalam senarai 50 pasukan teratas Asia.

Ini adalah perkara yang sangat membanggakan bagi bolasepak tanah air. Harap kejayaan Johor DT ini menjadi satu batu lonjakkan bagi pasukan lain untuk terus memajukan pasukan masing-masing.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*