Ada hamba Allah sudi dermakan Masitah mata

Ada hamba Allah sudi dermakan Masitah mata

Selain kehilangan nikmat melihat, figura hebat, Masitah Mohd Afandy turut memerlukan masa 5 bulan sebelum mampu berjalan semula. Pertembungan dengan sebuah lori dalam insiden jalan raya pada tanggal 21 Mac telah mengubah hidupnya dengan sekelip mata. Walau bagaimanapun, sikap positif yang ditunjukkan wanita ini lantas menjentik sanubari ramai untuk bermuhasabah diri.

BACA : Netizen Sejuk Mata tengok Leona Bertelukung

sudi dermakan mata

"</p

Semalam, Masitah mendapat tahu terdapat seorang hamba Allah cuba menghubunginya melalui aplikasi Facebook menyatakan niat derma mata. Pun begitu, dia terpaksa menolak secara baik kemahuan individu tersebut selain mendedahkan keadaan sebenar matanya.

Masitah Mohd Afandy

Mata saya berada dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah…Yang bermasalah adalah saraf saya

Walaupun nahas jalan raya yang dialami amat teruk, Masitah berkata matanya tidak mempunyai sebarang masalah. Sebaliknya, impak insiden terbabit rupanya menyebabkan saraf dalaman tersepit sekali gus menjadi punca utama mengapa dia mengalami masalah buta.

Haihhh dia bergurau, kita yang nangis…Moga ada keajaiban untuk Kak Mashi

Menerusi ruangan komen, ramai berkongsikan kisah sedih di mana ahli keluarga mereka juga mengalami situasi kesihatan yang sama seperti Masitah. Ada juga yang masih tidak dapat melihat walaupun selepas menjalani rawatan.

"</p

Tersentuh dengan sifat pasrah dan reda Masitah, netizen mendoakan semoga satu hari nanti ada keajaiban berlaku lantas mengizinkannya untuk mampu kembali melihat dunia.

"</p

Kredit : Instagram Masitah Mohd Afandy / Ada Hamba Allah Sudi Dermakan Mata, Masitah Dedah Punca Sebenar Tolak Niat Baik – Kisah Dunia

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*