Lelaki dipuji obses rakam isteri sarat hamil, tak bosan beri layanan istimewa

Selepas mendirikan rumah tangga, setiap wanita semestinya memerlukan perhatian daripada si suami lebih-lebih lagi ketika sarat hamil yang mudah berasa letih dan tidak bermaya.

Bagi seorang pengguna aplikasi TikTok @jefrydesilva2, dia sering merakam gelagat manja isterinya yang dikenali sebagai Mira dalam melakukan aktiviti harian sehingga meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Baru-baru ini, dia berkongsi video memaparkan isterinya melakukan pemeriksaan kandungan buat kali terakhir sebelum wanita tersebut melahirkan cahaya mata pertama mereka.

“Ala comelnya!”

@jefrydesilva2Si Manis saya #fyp♬ original sound – SARA丶我

Rakaman berdurasi 22 saat itu memperlihatkan isterinya datang semula ke tempat ‘parking’, meminta air mineral daripada jefrydesilva2 yang sedang menunggu di dalam kereta.

“Sayang nak apa? Nak air? Air mineral boleh? Lama lagi ke baby? Nak duduk dalam kereta ke?,” antara soalan diajukan kepada isterinya. 

@jefrydesilva2comot tapi comel #fypシ♬ original sound – Aznazia – R•♡

Video berkenaan menerima sebanyak 2.3 juta tontonan setakat ini selain hampir 4,000 komen netizen yang memuji cara layanan lelaki yang disifatkan ‘sweet’ dan lemah lembut.

Malah, ada juga segelintir individu mahu memiliki pasangan seperti jefrydesilva2 yang pasti membuatkan rumah tangga lebih bahagia dan harmoni sepanjang masa.

@jefrydesilva2muat dah baju , share je jimat 😂 #fyp

♬ bunyi asal – Royal Pahang✨👑

Suka tengok video ‘sweet’ abang & isteri! 

Harap dapat suami selalu puji bini

Cara isteri hasil layanan suami

Sumber: TikTok jefrydesilva2

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*