Jodoh hanya 2 minggu, pasangan bekas mak nyah & pengkid bercerai
Baru dua minggu bernikah, bekas mak nyah yang dikenali sebagai Adam telah menceraikan isterinya Nurazearah Fateha menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp pada 30 Julai lalu.
Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun lelaki berusia 40 tahun itu tidak mendedahkan punca perpisahannya dengan bekas pengkid tersebut.
Jodoh hanya 2 minggu
“Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja.
“Apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami. Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dulu.
“Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia nak ceritakan hal sebenar,” katanya.
Adam atau mesra dipanggil Danny berkata, dia mengakui sedih apabila rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan dalam tempoh singkat tetapi reda dengan ketentuan-Nya.
“Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya.
“Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah.
“Buat masa ini, saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari,” ujarnya.
Pada masa sama, usahawan bisnes salun rambut di Ampang, Selangor itu menafikan dakwaan segelintir netizen kononnya perkahwinan tersebut adalah konten semata-mata.
“Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi ‘content’?
“Bagaimanapun, saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami.
“Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup berkeluarga yang diinginkan walaupun sementara,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kisah percintaan pasangan bekas mak nyah dan pengkid itu tular di aplikasi TikTok sehingga melangsungkan pernikahan pada 15 Julai Ulu Remis di Kluang, Johor.
Difahamkan, mereka hanya mengambil masa lima hari untuk berkenalan sebelum merancang bagi disatukan sebagai suami isteri.
Namun, status pasangan berkenaan menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen selepas Danny dipercayai memadam video ‘sweet’ percintaan serta pernikahan bersama wanita berusia 22 tahun itu.
Sumber: Redzuan Muharam (Redzuan Muharam), TikTok dannyrichsaloon
Leave a Reply