Besar ujian keluarga ini, Ebit Lew hlba lihat anak kurng upya dijaga ibu uzzur dan bapa buta

Sebut sahaja ‘Hero Malaysia’, sudah tentu wajah dan nama Ustaz Ebit Lew terbayang di fikiran semua. Usahawan dan pendakwah bebas terkenal itu memang cukup dikenali dengan sifat pemurahnya yang tidak berbelah bahagi.

Hari ini, Ebit Lew berkongsi misi bantuannya lagi menerusi laman sosial Instagram miliknya. Kali ini, dia telah ke Rantau Panjang, Kelantan untuk menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang memerlukan di sana.

Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (0KU), bapa pula c4cat penglihatan (but4) manakala ibu pula warga emas yang sudah uzzur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni 0KU dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen.

Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza. Dia meluahkan rasa s3dih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.

Ibu tua tak henti ucap terima kasih

Bagaimanapun, sepanjang kehadirannya di teratak mereka, mulut si ibu sentiasa dihiasi dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew, meluahkan rasa syukur berulang kali.

“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah ya. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum je makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Ebit Lew berkenaan, dapat dilihat dia tidak kekok memakaikan seluar serta mendukung anak 0KU tersebut ke atas katil. Allahu.

Ujian untuk orang yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan Ebit Lew dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sedihnya tengok

Semoga syurga buat keluarga tersebut

Nak jadi macam ustaz nanti

Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu menjayakan misi bantuannya terbabit.

Hebatnya, syabas Ustaz Ebit Lew! Semoga segala usaha ustaz berbuah ganjaran pahala di akhirat kelak.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*