Zul Ariffin akan bergelar “Haji”

Ada seminggu lagi buat persiap

Pelakon hebat Zul Ariffin akan bergelar “Haji”, Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk hadir ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Memetik laporan dari Mstar, Zul memaklumkan bakal berangkat menunaikan haji pada Jun nanti. Jelas pemilik nama sebenar, Zulkifli Ariffin, dia sepatutnya berangkat lebih awal ke sana namun terpaksa menunda tarikh ke 10 Jun memandangkan mempunyai pengambaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Anggap tawaran kerjakan haji sebagai “Durian Runtuh”

Ujar Zul lagi, dia tidak pasti tawaran mengerjakan haji itu menerusi cara VIP (very important person) atau sebaliknya kerana menganggap tawaran tersebut sebagai durian runtuh untuknya.

“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. “Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya lagi.

BACA LAGI:Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Tunda beberapa kerja demi kerjakan haji

Jelas pelakon Zul Ariffin akan bergelar “Haji” berkenaan dia terpaksa menunda beberapa projek kerana tidak mahu melepaskan kesempatan mengerjakan haji tahun ini.

Walau bagaimanapun, dia akui sedikit bimbang dengan cuaca di sana kerana dikhabarkan keadaan agak panas.

“Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.

“Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.

“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya.

BACA LAGI:Zizan Razak memilih jodoh! Akui cerewet

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, Zul Ariffin sebelum ini ada memaklumkan yang dirinya memilih untuk berhijrah ke Mekah atas urusan perniagaan dan berasa lebih tenang disana.

Namun, dia sama sekali tidak akan meninggalkan Malaysia kerana tetap akan pulang jika mempunyai urusan pekerjaan di sini.

SUMBER:OHMYMEDIA

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*