Zizan Razak memilih jodoh! Akui cerewet

Zizan Razak memilih jodoh

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui sikapnya yang mementingkan kesempurnaan dalam pemilihan pasangan menjadi salah satu faktor dirinya masih membujang.

Zizan berkata, dia sangat menitikberatkan dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya yang menjadikan ia aspek penting setiap kali mahu memulakan perhubungan baharu dengan mana-mana wanita.

Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,”ujarnya.

Tambah Zizan, lingkungan kerjaya sebagai anak seni juga menjadi punca dirinya masih membujang pada usia 39 tahun. Ini membuatkan dirinya membentuk sebagai seorang individu sensitif sehingga bersifat memilih termasuk dalam hal calon isteri. ia sekaligus

Pelakon filem Polis Evo 3 berkata, dia risau dengan penerimaan dan penilaian orang lain terhadap rutin kerja dan cara hidupnya setelah memasuki alam perkahwinan bersama.

“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.

“Jadi, siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini? Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima?

“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,”katanya lagi.

BACA LAGI:Rezeki Selalu Mendekati Jika Kita Jangan Kedekut & Berkira Belanja Isteri

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Razizan Abd Razak mendedahkan dirinya pernah meminta ibunya mencarikan calon isteri disebabkan kekadangan waktu dan tiada masa bercinta.Zizan memilih jodoh.

Jelas Zizan, dia meminta ibunya mencarikan calon yang dapat menerima sikapnya yang serius ketika di luar waktu bekerja. Ini kerana personalitinya sangat berbeza antara di hadapan kamera dan di belakang.

“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.

“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi, seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,”kata Zizan.

BACA LAGI:Kolaborasi Ebit Lew bersama TikToker terkenal!

POLIS EVO 3

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Zizan iaitu Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof bakal ditayangkan mulai 25 Mei ini.

Antara barisan selebriti hebat lain menerajui filem aksi komedi itu ialah Shaheizy Sam, Sharnaazn Ahmad, Syafiq Kyle, Farali Khan, Nora Danish. Eyka Farhana dan Fauzi Nawawi.

SUMBER:OHMYMEDIA

 

Artikal Popular :

1 Trackback / Pingback

  1. Zul Ariffin akan bergelar "Haji" - The Informasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*