Wajah Penuh Muhammad Bilal, Neelofa Perkenalkan Kepada Semua
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa akhirnya berkongsi wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris media sosial buat tatapan umum.
Sambil menitipkan coretan indah buat Bilal yang kini mencecah 10 bulan usianya, Neelofa turut menyifatkan permata hati sebagai anugerah tidak ternilai daripada Yang Maha Esa.
“Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi & teragung Ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak Ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
“Bilal anak Ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup Ummi dan Abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat Ummi dan Abah.
“Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.
“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah.
“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, sebentar tadi.
View this post on Instagram
Hos program Next to Neelofa ini juga mendoakan agar anaknya membesar sebagai anak soleh.
“Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya
Semoga fakih dia dalam agama. Semoga doanya adalah seperti disebut nabi.
“Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya,” titipnya lagi seiring dengan ribuan komen yang diberikan peminat dan rakan selebriti.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber : mediahiburan
Leave a Reply