Virgoun Rebut Hak Jagaan Anak , Inara cari kerja
Keputusan Inara Rusli menanggalkan imej berpurdah pada semalam cukup mengejutkan ramai.
Rebut Hak Jagaan
Merupakan persediaan untuk hidup tanpa Virgoun selepas ini, dia bangkit meneruskan hidup demi anak-anak dan berharap tindakan itu tidak mengundang sangka buruk orang luar.
BACA : Kuih dibawa ‘tak laku’… Anak yatim menangis di jamuan raya , cikgu selamatkan keadaan
Sebelum ini tidak bekerja…Inara harus segera cari duit untuk fight suami
Selaku ibu kepada 3 orang cahaya mata, Inara sudah pastinya merasa risau apalagi selepas pihak Virgoun sudah mengheret isu tuntutan hak jagaan anak ke mahkamah. Ia lantas menjadi pendorong utama mengapa Inara harus segera mencari kerja demi ‘melawan’ suaminya nanti.
Inara pertikai tindakan Virgoun yang mungkiri surat perjanjian
Awalnya sewaktu didapati berselingkuh, Virgoun telah menandatangi surat perjanjian di mana dirinya akan kehilangan hak jagaan anak jika didapati mengulangi salah itu. Justeru sekarang, Inara mempertikaikan mengapa suaminya mungkir janji dan tiba-tiba mahu merampas semula budak-budak tersebut.
Hampir 10 tahun menjadi suri rumah
Sempat bergelar penyanyi namun tidak bertahan lama, Inara dikatakan terus menyepi dari dunia hiburan setelah bernikah dengan Virgoun. Selaku suri rumah sepenuh masa, hidupnya selama 9 tahun kebelakangan ini hanya banyak diabdikan untuk suami dan anak-anak. Siapa sangka dugaan berat yang melanda kini memaksa dirinya untuk keluar dari kepompong.
Kini mendapat tawaran sebagai duta klinik estetik
Pihak guaman pihak sana berkata, Virgoun mendakwa punyai bukti kukuh Inara tidak layak mendapat hak asuhan anak mereka. Namun perinciannya belum didedahkan lagi. Berkait tindakan Inara membuka purdah, rupanya ia adalah tuntutan kerja setelah ditawarkan menjadi duta kecantikan sebuah klinik estetik terkenal di Indonesia.
Komen Netizen
9 tahun dia abdikan diri pada suami & anak. Jangan buat main kebangkitan seorang suri rumah. Takde suami takpe, jangan nak ambil anak. 💪🔥
Latifah Hamzah
Semoga Allah permudahkan ibu ini. Sesiapa yg baca yg tgk viral ni tlglah Bantu ibu ini peluang bekerja.. jgn sampai tergugat masa depan. Tutup aurat Jaga peribadi tingkahlaku tuturkata adapsopan. Ya Allah permudahkan segalanya buat ibu ini. Jgn biar dia terjebak kejln yg Salah. Bismillah Astaghfirullahalaziim.
Siti Hazwani Mohd Noor
Kes rebut anak ni bukan somi tu nk jaga sngt pn, buat sbb nk sakitkan hati isteri je… Sbb isteri akan sakit bila xdak anak… Byk kes mcm ni… Last² dia kawen lain anak² terabai juga…
Kredit : Portal Grid ID, Suara.Com
Jangan lupa untuk sertai kami di page https://caramohon.com
Leave a Reply