(video) “Tq sebab ajar anak tak merendahkan pekerjaan mulia ini” Anak Terlalu Minat Dgn Lori Sampah, Tindakan Anak Ini Dipuji Netizen
Setiap kanak-kanak pasti sudah dididik untuk menjadi orang yang berguna dan terbaik bila besar nanti. Oleh itu, ramai yang meluahkan hasrat mereka untuk menjadi seperti yang mereka lihat. Suasana disekeliling juga sangat mempengaruhi minda mereka untuk lebih peka dan faham akan situasi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita berkongsi perangai si anak yang suka melihat lori sampah telah mencuri tumpuan ramai.
Teruja setiap kali nampak lori sampah datang kawasan rumah
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi anak lelakinya yang terlalu minat melihat lori sampah serta pekerjaan tersebut.
Menurutnya, ia adalah satu kerja yang baik kerana menjaga alam sekitar. Malah, difahamkan setiap kali dia terjumpa dengan pekerja tersebut, dia akan mengucapkan terima kasih dan meluah untuk menjadi seperti mereka apabila sudah dewasa nanti.
Video :
@ejahrahimDia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨
sumber: says.com
Leave a Reply