Terbaca pasal 2 beradik Sumb1ng Bonceng Tunjuk Arah Hantar Makanan ustaz Ebit Lew bergegas hantar bantuan.

Terharu terbaca pasal 2 beradik ini yang susah hantar makanan tapi sampai dah lewat malam. Sampai lewat kerana masalah motor. Dari awal pkp kerja berdua bawa 1 motor grab. Seorang bawa. Seorang pegang beg grab tu. Rajin bekerja. Menyewa di kl ini.

Saya beri sedikit sumbangan pada mereka. Dan beri semangat dan berkongsi amalan. Saya memang kagum di kl ramai anak muda rajin cari rezeki. Lagi kagum bila mereka ingin membantu keluarga dan cuma nak meneruskan hidup. Katanya selalu interview sana sini tapi belum ada rezeki yang lain.

Takper adik. Jaga solat awal waktu. Allah pasti bantu. Saya doakan semua adik yang bekerja kuat cari rezeki diberi kekuatan untuk terus membantu keluarga.

‘Maafkan kami jika terlambat hantar makanan, Abang Sengau Bawa Motor, Adik Sumb1ng Bonceng Tunjuk Arah Hantar Makanan

Abang yang seng4u menunggang motosikal, adiknya yang svmbing pula membonceng mencari arah ke lokasi penghantaran makanan berpandukan aplikasi navigasi.

Begitulah kesungguhan dua beradik yang saling membantu ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan di Kuala Lumpur sejak diberhentikan kerja Mac lalu berikutan pandemik C0VlD-19.

Ujian itu tidak mematahkan semangat Amirul Hafizan Rosli, 27, dan adiknya Mohamad Syafiq Haikal, 23, yang masing-masing pernah bekerja sebagai juruteknik di hotel dan penyelia tapak projek, sebaliknya ia titik permulaan untuk mereka mencari rezeki bersama.

Amirul Hafizan yang diIahirkan sngau menunggang motosikal manakala Mohamad Syafiq membonceng di belakang dan membantu mencari arah ke lokasi penghantaran berpandukan navigasi di telefon pintar.

Sementara itu, Amirul Hafizan yang juga anak kedua daripada enam beradik berkata, dia pernah memohon pekerjaan lain selepas diberhentikan kerja sebagai kakitangan hotel.

Namun, belum ada pihak menghubunginya untuk menghadiri temu duga atau mengambilnya sebagai pekerja.

“Jadi, buat sementara waktu, saya bekerja dulu sebagai penghantar makanan dengan adik.

“Pendapatan tidak menentu kerana bergantung jumlah pesanan tetapi secara purata kami boleh meraih kira-kira RM1,700 setiap bulan.

“Senang kerja bersama adik kerana jika ada masaIah di tengah jalan, dia ada untuk membantu. Rata-rata pelanggan ditemui juga memberi layanan baik dan tidak meng3jek atau mempersndakan kekurangan kami,” katanya

Berhubung kisah yang tuIar di laman sosial, Amirul Hafizan berkata, dia dan Mohamad Syafiq tidak tahu mengenainya sehingga dimaklumkan rakan.

“Saya tidak tahu pada mulanya dan hairan juga mengapa ada pemandu kereta yang memerhatikan kami ketika berhenti di lampu isyarat.

“Rupanya disebabkan kisah yang tuIar itu. Terima kasih yang memberi kata semangat, semoga anda semua dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat,” katanya.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :