Umpan RM14 Untuk Cuci Rumah, Dua Remaja Culik & Bunuh Budak 11 Tahun Sebab Nak Jual Organ

Umpan RM14 Untuk Cuci Rumah, Dua Remaja Culik & Bunuh Budak 11 Tahun Sebab Nak Jual Organ

Gara-gara tertarik dengan harga lumayan iklan penjualan organ manusia di internet, dua remaja lelaki bawah umur nekad membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun semata-mata untuk memiliki organ mangsa.

Culik sebab nak jual organ

Memetik laporan News Detik, kedua-dua suspek dari Indonesia yang berusia 17 dan 14 tahun itu mengaku telah menculik dan membunuh mangsa untuk menjual organ mangsa kepada pihak yang menawarkan harga yang lumayan di internet. Menurut Ketua Polis Panakukang iaitu Abdul Azis, pada awalnya suspek yang berusia 17 tahun itu telah mengumpan mangsa dengan mengajak mangsa membantunya membersihkan rumah. Malah dia menawarkan mangsa bayaran 50,000 rupiah iaitu bersamaan RM14.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian bersetuju untuk mengikut suspek pulang ke rumah. Setibanya di rumah, suspek mula bertindak kejam dengan mencekik mangsa dari arah belakang, sebelum menghentak kepalanya ke tembok sebanyak lima kali hingga kanak-kanak itu meninggal dunia.

Mayat disimpan dalam plastik hitam

Suspek kemudian mengikat kaki mangsa dan memasukkannya ke dalam beg plastik berwarna hitam. Suspek seterusnya cuba menghubungi si pembeli organ di internet untuk bertemu kerana dia mahu menjual beberapa organ seperti buah pinggang. Namun tiada sebarang respon yang diterima.

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan kedua-dua suspek semakin panik. Oleh itu, mereka nekad membuang mayat mangsa di bawah jambatan di kawasan air kumbahan. Mayat mangsa akhirnya ditemui pada 8 Januari lalu dan susulan daripada itu, kedua-dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: News Detik

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*