PERTANDINGAN memanjat batang pinang yang diadakan di sebuah kampung di daerah Bantarkawung, Brebes, Jawa berakhir dengan tragedi apabila salah seorang pesertanya maut terjatuh, lapor Detik.
Difahamkan, pertandingan tersebut yang berlangsung pada Jumaat, dianjurkan penduduk kampung sempena meraikan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia (RI) yang jatuh pada Sabtu (semalam).
Menerusi video berdurasi 34 saat yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan sekumpulan penduduk yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut sedang berlumba memanjat batang pinang.
Tiba-tiba mereka rebah dan jatuh sebelum menimpa sesama sendiri.
Mangsa yang dikenali sebagai Mulyono, 43, tidak sedarkan diri selepas ditimpa beberapa peserta lain.
Dia segera dibawa ke rumah pakar urut, namun kemudian dikejarkan ke hospital kerana kecederaannya agak serius.
Malangnya, Mulyono disahkan meninggal dunia pada tengah hari Sabtu, selepas sehari menerima rawatan.Mayat mangsa kemudian dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Sumber:Mstar
Leave a Reply