Tolak Tawaran Kerja, Lelaki Tetap Seronok Paksa Ibu Buat ‘Live’ Mandi Lumpur
Seakan satu kegilaan baru sesetengah TikToker di negara seberang apabila ada yang membuat konten mandi lumpur dan menyuruh ahli keluarga turut serta dalam live streaming mereka di aplikasi tersebut.
Biarkan mak, nenek, ayah mandi lumpur
Mana tidaknya, menerusi TikTok seorang pengguna dikenali sebagai @intan_komalasari92, dia telah mempromosikan beberapa video supaya orang ramai dapat menonton live yang dibuat ketika aktiviti mandi lumpur oleh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa dan juga neneknya.
Menerusi video-video yang dikongsikan, dia menyatakan yang tindakannya itu bukanlah untuk mengejar viral tetapi sekadar mahu bergembira dan menghiburkan penonton.
Ia juga mengumpul coin dan gift daripada viewers yang menonton aktiviti mandi lumpur yang berjalan selama 24 jam.
Ditawar kerja tapi berhenti seksa orang tua
Tindakan gilanya itu dengan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai konten yang menyeksakan telah mendapat perhatian netizen termasuklah ahli perniagaan.
Ada pihak menawarkannya kerja dengan syarat dia berhenti untuk dari mendera orang tua dengan konten tidak berfaedah seperti itu.
Minta imbuhan kalau kena berhenti buat live tu
Namun, pemilik akaun TikTok berkenaan telah menolak tawaran ahli perniagaan tersebut dan meminta RM57,000 atau Rp200,000,000 sebagai syarat untuknya tidak melakukan kegiatan sebegitu lagi.
Ada yang terkencing, ada yang pengsan
Tindakan kurang bijak itu seakan sudah menular dalam kalangan sesetengah pengguna TikTok di Indonesia apabila ada beberapa akaun lagi yang menyanjikan konten sebegitu.
Ada juga orang tua yang hampir pengsan apabila diminta untuk mandi lumpur selama 24 jam dan menahan kesejukan duduk di dalam air tanpa ada sebarang pergerakan selain duduk dan membasahkan badan dengan air yang ada disekeliling mereka.
Sumber: TikTok @intan_komalasari92, jhon.lbf_official, pejuangsikspack
Leave a Reply