Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pihak kejayaan tidak merujuk kepada Majlis Raja-raja semasa membuat keputusan menyertai ICC berikut adalah jawapan Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai perkara tersebut.
Tun M mengatakan bahawa baginda bukanlah wakil rakyat dan kenyataan tersebut merupakan pendapat peribadi baginda sahaja dan ianya tidak lebih.
“Dia (merujuk TMJ) bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja” kata Tun M kepada Media setelah selesai pembukaan Parlimen ke 14 penggal kedua pada hari ini.
TMJ dalam laman Facebook peribadi milik baginda semalam berkata, penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.
“Artikel 27 Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jen4y4h Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian.
“Artikel ini salah satu aspek penting kerana ia menyentuh isu kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 32 (1), Perkara 181(2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Semalam, Wisma Putra memaklumkan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong tidak terjejas selepas negara menyertai Statut Rome ICC.
Katanya, kerajaan mengkaji secara mendalam dengan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai badan itu.
“Keputusan kerajaan menyertai Statut Rome adalah selari dengan dasar kerajaan Malaysia Baharu yang menegakkan prinsip kebenaran, hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban.
“Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong membuat sesuatu keputusan atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
“Malah, perkara ini sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berhubung hasrat kerajaan menyertai Statut Rome lalu pada 15 Februari lalu,” kata kenyataan itu. Sumber- BeritaHarian
Leave a Reply