Berdakwah di TikTok kepada Golongan L g b t
“Jujurnya, saya ‘anti’ dengan TikTok tetapi rakan minta saya ubah persepsi dan jadikan aplikasi itu sebagai medium dakwah,” kata penulis buku dan penceramah motivasi, Nur Izzati Elya Alfian.
Nur Izzati, 22, mencuri tumpuan warganet apabila pendekatan dakwah secara berhemah kepada komuniti les bian, g ay, bise ksu al, trans gen der (LG BT) di aplikasi TikTok melalui video pendek dimuat naiknya baru-baru ini meraih tontonan tinggi dan menerima maklum balas positif daripada sebilangan besar warganet .
Penuntut Ijazah Dakwah dan Pengurusan Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan itu juga mengakui tidak menyangka video di muat naik kelmarin itu diterima baik komuniti LG B T dari dalam dan luar negara termasuk dari Indonesia dan Turki.
Bercerita lanjut, Nur Izzati yang berasal dari Banting, Selangor berkata, idea untuk menyampaikan dakwah di TikTok itu tercetus hasil dorongan daripada rakannya yang mahu dia memanfaatkan platform berkenaan.
Menyedari TikTok kian mendapat perhatian golongan muda, Nur Izzati menyahut saranan rakannya walaupun tidak pernah menggunakan aplikasi berkenaan sebelum ini.
“Sebenarnya, saya baru memuat turun aplikasi TikTok pada bulan lalu kerana sejak tahun lalu lebih banyak memuat naik video pendek dakwah di Instagram (IG) dan Twitter.
“Lebih membuatkan saya terpanggil berdakwah di TikTok adalah selepas melihat tanda pagar #tetapbangga di Twitter baru-baru ini yang seolah-olah mengangkat budaya dan ideologi L G B ,T jadi saya perlu ke depan supaya anak muda tidak terpengaruh.
Video Dakwah tiktok@izzati elya :
Sumber artikal : metro
Sumber video : tiktok@izzati elya
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply