Tiada kelibat suami, keluarga iringi Puteri Sarah ke Tanah Suci
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
View this post on Instagram
Berdasarkan kapsyen, Sarah yang mengenakan penampilan serba putih berharap orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak sekali gus dipermudahkan urusan sepanjang berada di Tanah Suci.
“Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.
Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata.
Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
Leave a Reply