[Terkini] Maafkan ayah sayang, ” Adik Sufi jatuh tali air ketika lihat air banjir bersama bapa ” (5Gmbr)

[Terkini] Maafkan ayah sayang, ” Adik Sufi jatuh tali air ketika lihat air banjir bersama bapa ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda Pantai Timur di negeri ini, selepas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika m4ngsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun, melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33; abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang.

Usaha mencari m4ngsa sedang dilakukan pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.

Luluh hati bapa terleka seketika memantau anak menyebabkan keduanya Muhammad Sufi Ijaz Sobre hilang dipercayai terjatuh tali air tempat mereka melihat air banjir.

Sobre berkata, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.

Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan.

Saya sudah pesan jangan ke situ (atas jambatan) kerana bahaya. Dalam beberapa saat sahaja selepas itu abang menjerit memberitahu adik dalam air.

“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” katanya.

Sobre berkata, sebelum kejadian dia baharu sahaja mengambil tiga anak itu yang berada di rumah ibunya di Kampung Tetambah di sini, selepas pulang bekerja.

Katanya, sebelum pulang ke rumah mereka, dia membawa tiga anaknya untuk bermain air di kawasan berkenaan tanpa menduga hasrat itu bertukar tragedi.Al fatihah.

Sumber : mediatular

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*