[Terkini] Aidil & Ibu saudara maut , ” Ayah ibu adik cedera Viva dirempuh Nissan Elgrand terbabas ” (6Gmbr)
Rompin : Pemandu dan penumpang Perodua Viva m4ut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Kampung Sabak Feri, di sini, semalam.
M4ngsa yang m4ut ialah pemandu, Muhammad Aidil Adha Nazri, 23, dan penumpang, Bosiah Abdullah, 62, masing-masing mengalami kecederaan parah di kepala.
Tiga lagi m4ngsa yang berada dalam kenderaan iaitu Hasimah Ton Ismail, Nur Bidayatul Hidayah Nazri dan Nazri Abdullah mengalami kecederaan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian 9.30 pagi itu membabitkan Perodua Viva, Nissan Elgrand dan lori yang membawa muatan ikan.
Menurutnya, siasatan mendapati Nissan Elgrand dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai terbabas ke lorong bertentangan dan melanggar lori dan Perodua Viva dari arah bertentangan.
Katanya, ketika kemalangan berlaku keadaan cuaca baik dan jalan kering.
Dua m4ngsa yang meninggal dunia dipercayai mempunyai hubungan keluarga.
Saya menasihatkan kepada pemandu kenderaan supaya lebih berhati-hati ketika memandu di laluan lurus, mereka perlu mengikut had laju ditetapkan dan berehat sekiranya penat serta mengantuk, katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika musim hujan, pemandu juga perlu sentiasa mengawal kelajuan supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.
Mohd Azahari berkata, akibat kejadian itu, penumpang belakang Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital.
Menurut beliau, m4yat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan. Al fatihah.
Sumber : mediatular
Leave a Reply