KOTA TINGGI: Bay1 tujuh bulan antara empat beranak ma.ut apabila motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemaIangan dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Kampung Semanggar, dekat sini petang ini.
Mngsa, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isteri, Siti Jamaliah Mohd. Yatim, 27, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia 7 bulan ma.ut di lokasi kejadian akibat cede.ra prah.
Ibu Siti Jamaliah, Rosni Sintingan, 53, memberitahu, mendapat makIumat tentang kejadian itu kira-kira jam 3 petang selepas anak buahnya terlihat gambar kemaIangan yang menlmpa anak dan cucunya itu dalam laman sosial Facebook sebelum ada orang lain yang menghubunginya.
Dia sempat ke lokasi kejadian, namun ketika itu tldak sempat menemui anaknya kerana telah dibawa menaiki kenderaan poIis bersama-sama cucunya Nurfatihah Jannah.
“Semasa saya sampai saya dapat lihat menantu dan anak lelakinya sahaja yang masih terbarlng di lokasi. Saya tidak tahu mereka pergi ke mana tetapi kalau cuti memang mereka akan berjalan anak beranak mungkin ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke Felda Pasir Raja berjumpa rakannya.
“Mereka anak beranak memang akan menaiki motosikal ke mana sahaja kerana itu sahaja kenderaan yang mereka ada. Sebelum ini mereka pernah juga terlibat kemaIangan, namun hanya alami ced.era.
“Kami sekeluarga puas juga nasihat suruh mereka beli kereta, namun, katanya tak apa naik motosikal. Tak sngka perkara yang kami blmbangkan berlaku hari ini,” katanya ketika ditemui di Unit F0rensik Hspital Kota Tinggi.
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, Siti Jamaliah merupakan anak sulungnya dan kali terakhir bertemu anaknya itu pada dua hari lepas.
Ketika itu anak dan menantunya mempunyai urusan di Negeri Sembilan dan menumpangkan sekejap dua anak mereka itu di rumahnya untuk dijaga.
“Mereka pergi berdua menaiki motosikal. Bila balik mereka sempat tidur di rumah datuk mereka sebelum balik ke Mawai bersama dua anaknya itu.
“Masa itu dia seperti biasa sahaja tak ada pun cakap apa-apa yang peIik cuma beritahu ’emak nak balik’. Kami bersalaman masa itu saya nak cium dia tetapi dia tak nak.
“Kemudian mereka anak beranak balik ke rumah walaupun masa itu cuaca agak hujan saya pesan juga jngan balik tetapi mereka sampai di rumah dengan selamat,” katanya.
Lebih memiIukan seorang lagi anak mngsa berusia 8 tahun tidak ikut sama menjadi ytim piatu sekelip mata.
Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kemaIangan tersebut dan punca kemaIangan masih dalam siasa.tan.
Salam tkziah buat ahli keluarga mngsa. Al-Fatihah
Sumber: UTUSAN ONLINE
Leave a Reply