Walaupun memasuki zaman serba canggih, namun masih ada dalam kalangan masyarakat kita takut dengan makhluk halus dan roh jahat.
Tidak kiralah agama mana sekalipun yang dianuti, pasti ada sahaja masih dimomok dengan ‘hantu’ sejak dari kecil seperti perkongsian individu di laman TikTok baru-baru ini.
Pasang Yassin, elak diganggu hantu
Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @emadhakimyy, dilihat dia berkongsi cara seorang rakan sebiliknya yang berbangsa Cina melindungi diri daripada rasa takut diganggu oleh hantu.
“Kali pertama aku jumpa kawan cina buka surah Yassin,”tulisnya di ruangan komen.
@emadhakimiyy first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – emadhakimiyy
Member aku pun macam tu juga
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet berkongsi kisah yang sama bagaimana rakan-rakan mereka bukan Islam menggunakan kaedah yang sama iaitu mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran bagi melindungi diri daripada gangguan makhluk halus.
Malah, ada juga berkongsi kisah peribadi sehinggakan ada yang memeluk Islam.
Moga dia mendapat hidayah
Sementara itu, ramai mendoakan agar individu berbangsa Cina itu mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT untuk memeluk agama Islam pada masa akan datang.
Sumber: TikTok @emadhakimyy
Leave a Reply