‘Tak Sangka Shuib Nak Jumpa Saya’ Pegawai TLDM Penuhi Jemputan Shuib Ke Stesen Radio

‘Tak Sangka Shuib Nak Jumpa Saya’ Pegawai TLDM Penuhi Jemputan Shuib Ke Stesen Radio

Dalam dunia ini setiap daripada kita dikatakan mempunyai tujuh orang memiliki wajah yang mirip dan hampir sama.

Mungkin pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sudah menemui salah seorang kembarnya yang dipercayai seorang pegawai tentera, yang mana mempunyai wajah saling tak tumpah seperti bapa kepada empat cahaya mata itu.

Malah, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 38, turut meminta mana-mana followers di Instagram miliknya yang mengenali jejaka tersebut agar memautkan (tag) posting Shuib kepada si empunya badan.

“Ada yang kenal ke abang ni, tolong tag dia please… teringin nak jumpa,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Respon tuan punya badan.

Terbaharu, tuan punya badan, Mohamad Khairul Anuar, 35, yang juga anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 adalah individu yang tvlar apabila wajahnya dikatakan seiras dengan Shuib Sepahtu memberi respon di media s0sial.

Menurutnya, beliau sebelum ini selalu diusik rakan-rakan berikutan wajahnya yang mirip pelawak berkenaan, namun beliau menganggap itu hanyalah gurauan.

“Memang rakan selalu usik cakap wajah saya seperti Shuib tetapi saya tak ambil serius sangat sebab itu cuma gurauan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Tetapi kali ini tak sangka pula gambar saya akan tular hingga mendapat perhatian ramai termasuk Shuib sendiri,” kata Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari gambarnya tvlar di Facebook (FB) selepas dimaklumkan isteri dan beberapa rakan.

Menurutnya, dia kemudiannya membaca setiap komen di FB berkenaan yang menyamakannya dengan Shuib, namun tidak membalas komen itu kerana menganggap ia adalah perkara biasa.

“Selepas itu ramai pula yang beritahu Shuib sudah memuat naik hantaran di Instagram (IG) dan mencari saya. Saya sudah menghubunginya melalui IG isteri kerana saya tiada akaun IG.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liyana (@khairulyna)

“Kemudiannya produser sebuah stesen radio ada menghubungi kami dan mencadangkan tarikh dan masa untuk berjumpa Shuib di konti.

“Kebetulan tarikh itu sama dengan perancangan saya mahu membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur. InsyaAllah kalau diberikan kesempatan dan masa terluang kami akan bertemu,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, niatnya mahu berjumpa pelawak itu kerana untuk meraikan jemputan Shuib selain pertemuan itu boleh mengeratkan silaturahim.

“Saya juga ‘layan’ lawak Sepahtu dan tonton program mereka. Tak sangka juga Shuib sendiri yang mahu bertemu dan menghargai jemputan itu,” katanya yang kini sedang bercuti di kampung halaman di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bercerita lanjut, Mohamad Khairul Anuar berkata, sebelum ini ada keluarga isterinya memberitahu wajahnya seiras Shuib, malah rakan juga kerap mengusik, malah pernah memanggilnya Shuib.

Katanya, gambar yang tvlar itu dirakam ketika perbarisan dan mungkin sudut gambar diambil jurugambar dan kerutan wajahnya kerana cuaca ketika itu menyebabkan wajahnya seiras Shuib.

“Saya tak mahu bandingkan wajah sama seperti siapa pun tetapi kalau orang yang komen itu pada saya adalah pandangannya dan saya hormati.

“Saya tak kisah jika mahu komen atau bergurau asalkan ia tidak mengganggu $ensitiviti sesiapa,” kata pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.

Terdahulu, gambar pegawai tentera itu mendapat perhatian netizen dan tvlar kerana seiras Shuib, malah pelawak itu turut memuat naik hantaran serta meminta pengikutnya membantu mencari lelaki itu.

Sumber: hmetro

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*