Tak pernah rindu penampilan s3ksi, Zizi Kirana berdoa kekal tutup aurat

Tak pernah rindu penampilan s3ksi, Zizi Kirana berdoa kekal tutup aurat

Penyanyi bersuara serak basah, Zizi Kirana mengakui tidak pernah merindui penampilan sebaliknya sentiasa berusaha kekal istiqamah dalam kehidupan dan kerjaya.

Memetik laporan Kosmo! Online, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil turut mengakui sukar bagi mencari kekuatan supaya berpegang kepada niat sejak tampil berhijab setahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Sebab itu ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan drastik. Saya mulakan ketika bulan Ramadan.

“Kiranya saya praktikkan supaya perubahan tersebut tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 baru-baru ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Begitu juga dengan penampilan ketika persembahan, penyanyi berusia 37 tahun itu mengambil berat soal pemakaian selain batas yang perlu dijaga sekali gus bersesuaian dengan imej muslimah.

“Macam sekarang apa-apa persalinan yang saya pakai, saya akan tengok dulu sama ada sesuai atau tidak.

“Dari segi kerjaya pun sama. Apabila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Ada batas perlu dijaga. Berbeza berbanding dahulu.

“Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang.
“Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain,” ujar penyanyi lagu Terkemuka itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Sementara itu, Zizi berharap orang ramai tidak mengecam individu berhijab yang membuat keputusan untuk membuka tudung sebaliknya terus mendoakan terbaik buat mereka.

“Saya rasa kasihan kerana kita tidak tahu apa yang mereka hadapi. Apakah dugaan sampai ada yang terpaksa berbuat sedemikian.

“Saya percaya itu satu keputusan yang berat. Tapi saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Kalau terjadi kepada diri sendiri bagaimana?

“Saya pun tak pasti perjalanan hidup saya nanti. Kita tak berada dalam kasut mereka. Jadi lebih elok kalau kita doakan yang baik-baik saja,” kongsi isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat) , Instagram Zizi Kirana

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*