Hari kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos sememangnya satu anugerah yang tidak terhingga buat seluruh rakyat Malaysia.
Selama 65 tahun ini, kita hidup dalam keadaan yang penuh harmoni dan bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa da juga budaya.
Sebenarnya, kita hidup dalam keadaan baik-baik sahaja dan yang menjadikan sesetengah isu berbalah adalah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Segera beri bantuan
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Eqramm Azizi apabila memuat naik video seorang pemuda sepertinya berbangsa Cina menerima bantuan daripada seorang lelaki setelah dia tidak dibenarkan menduduki ujian memandu hanya disebabkan pakaian yang digunakan.
@eeqramazizi ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f ♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee
Kibas2 dulu sebelum beri
Dalam video tersebut, lelaki yang berdiri di tepi pintu pagar itu dilihat menanggalkan baju berkolar yang dipakai dan memberikannya kepada pemuda tersebut bagi membolehkannya memduduki ujian.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah adab yang ditunjukkan apabila mengibas-ngibas dahulu baju dan melipatnya sebelum memberikan kepada pemuda tersebut.
Cara dia hulur baju tu yang salute!
Situasi yang dirakam secara spontan itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan murni itu.
Kebanyakan mereka mengakui berasa terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh lelaki terbabit kerana membantu orang lain yang sedang memerlukan pertolongan tanpa mengira siapapun individu tersebut.
Muka garang tapi beradab
Anak jelaskan bapa pakai baju 2 lapis sebab sejuk
Dalam pada itu, anak kepada lelaki yang memberikan bantuan tersebut turut meninggalkan komen dengan menjelaskan mengapa bapanya memakai baju dua lapis.
Menurut gadis tersebut, bapanya memang memakai baju dua helai kerana keluar pergi bekerja seawal 5 pagi dan cuaca sangat sejuk ditambah lagi menunggang motosikal.
Dia juga sangat menghargai doa-doa yang diberikan kepada bapanya dan berharap supaya semua kata-kata baik itu berbalik semula kepada semua.
Sumber: TikTok Eqramm Azizi
Leave a Reply