Sultan Johor hadiah kereta kepada pegawai dan kakitangan hospital
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.
Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.
Selain itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.
SULTAN IBRAHIM KURNIAKAN KERETA KEPADA DOKTOR DAN MATRON HSA
Kenderaan itu diserahkan oleh Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.
“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.
“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata Dr. Mohtar kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya.
Posting di Facebook rasmi baginda itu memaklumkan, pengurniaan tersebut adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
Terdahulu pada September lalu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja di hospital sama.
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply