Suami masak lagi sedap, Wany Hasrita belum sempat belajar dengan mentua
Penyanyi Wany Hasrita mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri selepas bergelar isteri kepada suaminya, Mohd Al Adib Fahmi.
Memetik laporan Astro Gempak, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, dia terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam hal berkaitan rumah tangga.
View this post on Instagram
“Kehidupan saya sekarang masih lagi sedang menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza.
“Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga. “Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja…
“…tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” kata pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu.
View this post on Instagram
Wany berkata, dia juga berhasrat ‘menuntut ilmu’ bagi menghasilkan beberapa resepi masakan ibu mentuanya lebih-lebih lagi menu tradisional Sarawak.
“Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja.
“Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya. “
“Saya pula belum ada kesempatan untuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk.
“Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi-lagi masakan asal negeri itu,” ujarnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Wany dan suaminya yang bekerja dalam sektor penerbangan itu berkahwin pada 22 Julai lalu selepas 12 tahun mengenali hati budi masing-masing.
View this post on Instagram
Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle) , Instagram Wany Hasrita
Leave a Reply