Cara Mudah Nak ingatkan suami nak bayar nafkah

Cara Mudah Nak ingatkan suami liat nak bayar nafkah, lebih-lebih lagi si isteri tu berkerja.

Nafkah yang dimaksudkan ialah seorang suami mesti menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan hidup kepada isteri. Namun begitu, seorang isteri perlu sedar bahawa hak nafkah akan hilang sekiranya mereka nusyuz terhadap suami iaitu tidak taat kepada suami seperti meninggalkan rumah suami dan enggan berpindah mengikut suami.

Cara Mudah ingatkan nafkah kepada suami :

Kalau dah masalah sgt bab2 nafkah ni…

Maka ambik 1 buku, catat segala perbelanjaan yg anda sebagai isteri keluarkan utk keluarga anda…

  • Barang Dapur
  • Bil Utiliti
  • Yuran Anak Sekolah
  • Duit Minyak Kereta
  • Duit Makan

Segala apa yg sepatutnya ditanggung suami, tapi awk yg menanggungnya asbab ada pendapatan bulanan drpd pekerjaan atau perniagaan, maka tulis ja setiap bulan…

Utk apa, berapa jumlahnya…klu guna total 500, dia bagi 200, maka hutang 300…

Nmpk mcm berkira kan? Nope…klu dia tahu tanggungjwb dia, klu dia tahu kewajipan dia, maka dia xkan mengambil kesempatan diatas kemampuan isteri, pendapatan isteri dan kewangan isteri…

Klu suami tu jenis yg boleh bertolak ansur, jenis yg tak berkira dan tetap hulur kat isteri walaupun isteri ada duit sendiri, maka xpyh buat mcm ni…tapi klu dia berkira, dia xnak bayar dan keluarkan duit dia utk apa yg sepatutnya dia tanggung asbab isteri tu ada pendapatan, maka SILA CATATKAN semua jenis dan bentuk perbelanjaan yg awk keluarkan dgn DUIT SENDIRI…

Ini semua dikira “HUTANG NAFKAH”…hutang ni boleh dituntut semasa bersama dgn suami ataupun selepas berpisah dgn suami dgn mengemukakan semua rekod2 yg awk dah catatkan sepanjang awk hidup dgn dia…

Klu dia taknak bayar atau langsaikan hutang ni didunia, maka dia kena bayar dan langsaikan hutang ni diakhirat…masa tu, buku catatan dari Malaikat dikiri dan kanan suami yg akan dibuka utk tatapan Allah s.w.t sebelum hukuman dijatuhkan…✌️

Kredit: Firdaus Shakirin

Cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*