Sebuah Perkongsian Perbelanja Keluarga Dan Betapa strugglenya Kehidupan Ibubapa Sekarang.

Sebuah Perkongsian Perbelanja Keluarga Dan Betapa strugglenya Kehidupan Ibubapa Sekarang.

DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.

Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.

Ya! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?

Ini latar belakang keluarga Puan R:

Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.

  • Gaji Suami: RM 8,000.
  • Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan).
  • Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
  • Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun).
  • Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
  • Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
  • Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)

Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:

UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA

  • Kereta: RM850
  • Rumah: RM600
  • Barang Dapur Kering: RM450
  • Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
  • SSPN ANAK: RM200
  • Van Sekolah ANAK: RM100
  • Yuran Ngaji ANAK: RM60
  • Yuran Tusyen ANAK: RM200
  • Belanja sekolah ANAK: RM624

Total: RM3,984

UTILITI

  • Coway: RM130
  • Elektrik: RM80
  • Air (bayar untuk meter pukal): RM40
  • Astro: RM90
  • Petrol: RM200
  • Unifi: RM150

Total: RM690

BELANJA UNTUK MASA HADAPAN

  • Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
  • Hibah: RM200

Total: RM400

BAKTI PADA IBU BAPA.

  • Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400

HUTANG LUAR JANGKA

  • Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300

LEBIHAN: RM226

Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:

  • 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
  • 11.5% digunakan untuk Utiliti
  • 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
  • 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
  • 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
  • Lebihan??? Hanya 3.7%.

Total: 100%

Maka saya bertanya kepada Puan R.

Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?

Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas.

Sambung Puan R lagi.

Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle..

Fikir2kanlah…
Assalam

Sumber: Fb Ir. Abdul Rahman Bahasa

Jika suka artikal ini jangan lupa like dan share di page Musang Live.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*