Sebab Harta RM6.4 Juta, Pelakon Veteran Bollywood Maut Di Tangan Anak Sendiri
Dunia hiburan Bollywood dikejutan dengan kematian pelakon veteran, Veena Kapoor yang dilaporkan dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dipercayai akibat pergaduhan mengenai harta membabitkan tanah bernilai RM6.4 juta.
Menurut laporan Times of India, pelakon berusia 74 tahun itu dipukul dengan menggunakan kayu besbol oleh anaknya Sachin Kapoor yang pernah menetap di Amerika Syarikat (AS).
Mangsa dan suspek
Bagaimanapun, Sachin mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan didakwa bersubahat dengan seorang individu bernama Lalu Kumar Mandal atau Chhotu selepas ditahan pihak polis.
Berdasarkan siasatan polis pada 6 Disember lalu, pengawal keselamatan yang bertugas di kediaman Veena menyedari kehilangan pelakon berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis Juhu.
View this post on Instagram
Lebih tragis apabila selepas melakukan perbuatan itu, suspek yang berusia 43 tahun dikatakan membuang mayat ibunya ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Untuk rekod, Veena pernah melakonkan drama ‘Bhabhi’ yang popular sekitar tahun 2002 hingga 2008 selain beberapa filem seperti ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.
Sumber: Times of India
Leave a Reply