‘Saya Tak Reda & Tak Terima’ – Ibu Syamsul Bantah Perkahwinan Kedua

‘Saya Tak Reda & Tak Terima’ – Ibu Syamsul Bantah Perkahwinan Kedua

Baru-baru ini, kecoh isu pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengakui sendiri tentang status hubungannya bersama Ira Kazar menerusi akaun Instagram (IG). Walau bagaimanapun, perkahwinan kedua Syamsul tidak mendapat restu dari ibunya, Datin Patimah Ismail.

‘Jangan munafik’

Menerusi laporan Harian Metro, Patimah menyatakan dia mengetahui segala masalah dan konflik yang dihadapi anaknya dan Puteri Sarah.

Tegasnya, perkahwinan kedua Syamsul memang tidak akan mendapat restu dari ibu kandung.

Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin.

Tidak mengaku

Dalam pada itu, Patimah menyindir dengan tindakan Syamsul yang sebelum ini berkeras tidak mengaku berkahwin dengan anak kepada aktor Kazar Saisi.

Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu.

Susulan itu, sebelum ini ibu mentua Puteri Sarah tersebut turut mendoakan cucu-cucunya agar memiliki seorang bapa yang lebih baik. Hal itu mendapat sokongan daripada rata-rata netizen yang turut bersimpati atas kes yang terjadi kepada pasangan ini.

Sumber: Harian Metro

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*