“Saya belum pakai tudung, tapi Allah dah jemput saya tiga kali..” – Ifa Raziah

Kenyataan selebriti versatil, Ifa Raziah yang mengulas berhubung isu menutup aurat baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, nazrul_al_bangsari memuat naik video kompilasi ‘hujahan’ selebriti berusia 46 tahun itu yang mengupas isu tersebut di sebuah restoran di Butterworth, Pulau Pinang.

“Dengar apa orang jahil berhujah” – nazrul_al_bangsari

@nazrul_al_bangsari Dengar Apa Orang Jahil Berhujah #syahadah #Volunteer #Movement ♬ original sound – Nazrul_Al_Bangsari

Menurut Ifa, dia seolah-olah bersyukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.

“Pakai tudung pun, tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah ke haji. Tapi saya belum pakai tudung, tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah,” katanya dipercayai secara siaran langsung di satu platform sosial.

Malah, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu turut mempersoalkan, terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan memakai hijab tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.

“Kalau pakai tudung, mulut jahat, duduk mengata dan memfitnah orang, macam mana pula? Saya banyak jumpa orang bertudung tapi tak solat. Kalau tak suka tengok saya, dipersilakan keluar (live),” ujarnya.

Rakaman berdurasi hampir lapan minit itu menerima setengah juta tontonan setakat ini selain lebih 1,600 komen netizen yang rata-rata menganggap selebriti berkenaan masih keliru mengenai konsep ilmu agama.

Netizen berkata, kewajipan menutup aurat sudah dijelaskan dalam al-Quran, jadi penyanyi lagu Miss Diva itu tidak perlu membandingkan hukum tersebut dengan situasi lain.

Dia tak kenal benda wajib dan sunat

Pergi 3 kali tu hanya kesempatan tanpa jentikan dalam hati

Sumber: TikTok nazrul_al_bangsari

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*