Sambut ‘anniversary’, Che Ta sarung baju RM80K – “Zain tak pernah paksa masak”

Sambut ‘anniversary’, Che Ta sarung baju RM80K – “Zain tak pernah paksa masak”

Sempena ulang tahun perkahwinan kesembilan, aktres Rozita Che Wan mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan persalinan bernilai RM80,000 hasil rekaan Ivan Young.

Menerusi satu posting di laman Instagram, dia yang mesra dipanggil Che Ta berkongsi serba sedikit pengalaman melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya Zain Saidin yang 13 tahun lebih muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Che Ta berkata, dia tidak pernah berputus asa sepanjang bergelar ibu tunggal sebelum kehadiran Zain yang juga seorang aktor yang menjadi pelengkap hidupnya.

“Sembilan tahun, sembilan kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000. Terima kasih @ivanyoungofficial.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah putus asa dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita.
“Kalau sabar, kekallah bahtera yang kita bina. Kalau tak sabar, itu porak-poranda. Alhamdulillah, sembilan tahun ni Allah hantar yang baik-baik saja,” tulisnya.

Bercerita lanjut, pelakon berusia 49 tahun itu mendedahkan, suaminya tak pernah meminta bagi melakukan kerja rumah selain mengambil berat soal agama.

“@zainsaidin23 tak pernah suruh kami (saya) kemas rumah, tak pernah masak… jauh sekali nak kawal pergerakan kami. Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, ‘sayang dah solat?’
“Tak sangka mat salih celup yang kami kahwin ni sangat ambil berat tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha je. Yelah kita pula ‘feeling’ macam kahwin dengan mat salih.
“Tapi terus perlahan-lahan tutup aurat. Alhamdulillah, ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam posting sama, pelakon drama Jesnita itu turut menasihatkan golongan wanita supaya tidak mengalah sekiranya mengalami kegagalan dalam rumah tangga.

“Kalau ada wanita di luar sana yang putus asa bila rumah tangga berderai.. jangan begitu. Mungkin jodoh anda akan muncul, tengah dalam perjalanan. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang baik-baik untuk anda,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Menerusi perkahwinan pertama pada 1995, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar memiliki dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*