Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Tengah bershoping dengan isteri, min ternampak restoran uncle bob, Singah sat la. beli satu tak cukup beli dua la. kKena pula makan panas-panas rangup pedas-pedas manja gitu.

Musang live ne ada je nak kongsi resepi Rare mcm tu. Kalau boleh nak kongsi resepi KFC homemade, Mcd homemade ahh semua la min musang live nk kongsikan. Tapi kali ne min nak share kat korang resepi Ayam Gunting Uncle Bob Homemade.

Jom kita tengok resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid ni.

Nampak Randup padu yang pasti sangat menyelerakan.

Resepi Ayam Gunting Uncle Bob Sedap & Mudah

Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.

Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.

Bahan-bahan

Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)

  • Basuh bersih dan potong nipis.

Rencah perap

  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
  • Sedikit perahan limau / lemon

Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam

Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.

Bahan saduran

  • Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
  • Tepung ubi / tepung beras
  • Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Tambahan

  • Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

Cara Menggoreng

Salutkan Ayam Dengan Bahan Saduran

  • Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
  • Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

Goreng Macam Biasa

  • Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.

Tabur Serbuk Cili / Lada Putih

  • Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya baru padu.

Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.

Yang rajin blah la cuba. Dah s.iap alhamdulilah, Insyallah hasilnya sebijik macam ayam gunting uncle bob. Lepas ne boleh la puas makan sendiri atau boleh buat niaga pasar malam. Mudah je kan ? selamat mencuba.

Jika sukakan Artikal kami jangan lupa share dan like page Fb Musang live, Terima kasih.

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*