Rasmi PERLIS dari Liga Malaysia


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Selepas satu per satu isu timbul dalam Pasukan Perlis FA, akhirnya hari ini tamatlah penyertaan mereka dalam Liga Malaysia yang dikendalikan oleh MFL (Malaysia Football League).

Rasmi PERLIS dari Liga Malaysia

Dalam satu kenyataan media rasmi, MFL selaku pengelola Liga Malaysia sepakat dalam satu mesyuarat mereka untuk menamatkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia. Ini selepas ahli lembaga tertinggi MFL bersepakat membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuasa hari 20 Februari 2019.

MFL singkirkan Perlis dari Liga Malaysia
Perkara ini dibuat oleh MFL selepas mereka mengkaji dan meneliti setiap dokumen membabitkan kewangan pasukan Perlis FA untuk musim ini. Dan mereka (MFL) mendapati bahawa pasukan Perlis tidak layak untuk meneruskan saingan pada musim ini.

“Berdasarkan penelitian keatas dokumen kewangan berkenaan, MFL mendapati bahawa sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarkan perancangan kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruskan pasukan dari terus bersaing dalam Liga Malaysia pada musim ini”

Kronologi isu PERLIS FA 2019

Perlis FA nampak gah semasa pra musim apabila berjaya memikat beberapa pemain terkenal Liga Malaysia antaranya Safee Sali, Piya.

Selepas itu, beberapa bekas pemain Perlis FA telah mengeluarkan kenyataan media bagi menuntut hak mereka (gaji) yang dijanjikan oleh pihak pengurusan. Mereka menuntut gaji yang masih tidak dibayar sehingga ke hari itu.

Maka timbulah isu yang mengatakan bahawa 4 penaja Perlis lari disebabkan isu tunggakan gaji yang tiba-tiba timbul. Presiden mereka mengatakan bahawa Penaja lari disebabkan takut duit yang mereka laburkan hanya untuk lunaskan gaji pemain lama.

Maka bermulalah saingan Liga Perdana bagi perlis, baru sahaja nak masuk perlawanan pertama. Perlis diasak dengan isu gaji pemain baru pula. Antara yang mengeluh ialah Badri Radzi atau dikenali sebagai Piya, Safee Sali dan ramai lagi pemain lain.

Apa nasib pemain selepas ini ?

Selepas keluarnya kenyataan rasmi ini, maka antara yang bermain difikiran aku adalah nasib pemain Perlis. Apa yang mereka dapat selepas ini atau nasib mereka sama seperti pemain Kuantan FA ? Sama-sama kita tunggu.

Jendela perpindahan pula sudah ditutup, kalau safee sali da confirm masuk PJ City, Piya pula masuk ke pasukan lamanya Kelantan habis yang lain ? Adalah mereka semua terpaksa tunggu jendela perpindahan berikutnya?

Presiden Perlis Harus Dipersalahkan ?

Ramai diantara peminat bolasepak mengatakan bahawa orang yang paling wajib dipersalahkan dalam isu ini adalah presiden baru mereka. Beliau tidak mengkaji sehabis baik dan sepertinya bertindak tanpa berfikir panjang dalam membuat keputusan.

Jadi masalah ini semua berpunca daripada beliau yang tidak berjaya mengawal pengurusan dengan baik. Kesilapan ini telah menyebabkan banyak masalah akan berlaku kepada pemain-pemain, kejurulatihan dan pegawai-pegawai pasukan.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*