Ramai geram lihat lelaki duduk main telefon biarkan ibu hamil berdiri tunggu giliran

Menemani isteri yang hamil untuk menghadiri pemeriksaan rutin kehamilan di klinik merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh suami.

Walau bagaimanapun, ia bukan satu tiket untuk para lelaki yang sihat tubuh badan untuk mengambil tempat duduk yang dikhususkan untuk ibu-ibu hamil yang lain kerana mereka lebih memerlukan.

Sampai hati biar ibu hamil berdiri

Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @mrdoraemon32wan telah berkongsi rasa ralatnya melihat ada suami yang tanpa segan silu duduk di sebelah isteri sedangkan ada ibu hamil lain yang perlu berdiri kerana tiada kerusi kosong.

@mrdoraemon32wan APA NI!!!! yang bertelur tu mengandung jgak ke? agak la bai… #viral #fyp #foryou #hospitalibudankanakkanakhkl ♬ original sound – OhhhhFareeq

Siap main telefon lagi

Dalam video tersebut, jelas ada lelaki yang hanya duduk sahaja dan ada juga seorang wanita hamil sedang berdiri bersandar di dinding klinik menanti untuk membuat pemeriksaan rutin.

Lelaki tersebut dilihat leka bermain telefon dan langsung tidak memandang sekeliling melihat kawasan menunggu penuh dengan golongan wanita hamil.

Kadang ada yang tak rasa segan langsung

Perkongsiaan tersebut telah mengundang pelbagai komen dari warganet yang rata-rata menyelar tindakan para lelaki yang tidak memberikan tempat duduk kepada ibu hamil sewaktu berada di klinik.

Ada juga diantara mereka berkongsi pengalaman sama sewaktu melakukan pemeriksaan rutin kandungan apabila bertemu lelaki-lelaki yang kurang peka dengan kondisi ibu hamil sehingga mereka terpaksa duduk di atas lantai kerana sudah terlalu penat.

Ada yang baru lepas kena macam ni juga

Memang ada yang jenis macam ni

Sumber: TikTok mrdoraemon32wan

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*