Raih sumbangan RM204,322 dalam tempoh 48 jam, netizen puji cara agihan kepada keluarga mangsa
Beberapa hari lalu, ramai dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan seorang penghantar makanan maut dan penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan iaitu utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail dan Proton Wira.
Bukan tabung misi bantu keluarga mangsa terlibat
Ekoran itu, terdapat seorang hamba Allah sudi membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa terlibat terutama isteri penghantar makanan maut yang baharu sahaja menikah dua minggu dan orang rumah penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.
Ini termasuklah sumbangan kepada ibu penghantar makanan yang maut yang kini berusia 73 tahun.
Difahamkan, sumbangan itu dibuat tanpa pengetahuan ahli keluarga mangsa terlibat dan setiap transaksi yang dibuat oleh penderma dapat dilihat dengan jelas menerusi Realtime Online.
Rakyat Malaysia pemurah, sumbangan capai RM204,322
Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @bangsabertauhid, difahamkan mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma bersama bagi membantu meringankan keluarga mangsa terlibat.
“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
View this post on Instagram
Jumpa keluarga mangsa untuk beri sumbangan
Sebaik sahaja menutup tabung misi tersebut, individu itu turun padang bagi melawat keluarga mangsa terlibat bagi memberikan kutipan duit yang diperoleh.
Katanya, sumbangan duit bernilai RM204,322 itu akan disampaikan sendiri terus ke akaun isteri mangsa dan keluarga mangsa.
View this post on Instagram
“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM2004,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.
“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.
“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20, 432.20.”katanya.
Seterusnya, dia menyatakan jumlah diberikan kepada keluarga mangsa yang maut iaitu sebanyak RM51,080.50 kepada si isteri dan RM51,080.50 kepada ibu arwah.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, terima kasih! Ini baru betul transparent
Perkongsian itu menerima pujian ramai netizen di mana mereka turut suka dengan cara agihan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa terlibat.
Bukan itu sahaja, bahkan penderma juga dapat mengetahui seberapa banyak wang disalurkan dan dapat dilihat dengan jelas mengenai pengaliran wang sumbangan tersebut.
Sumber: Instagram bangsabertauhid
Leave a Reply