Nama pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa, Puteri Balqis dilihat kembali menjadi sorotan media selepas dikatakan tampil lebih berani dengan pakaian yang agak menjolok mata.
Namun begitu, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish memilih untuk tidak mengambil pusing komen-komen negatif netizen dan memaklumkan mahu menjadi dirinya sendiri.
Dia juga dilihat sudah kembali aktif berlakon dan pastinya lakonan yang diberikan cukup berkesan menerusi beberapa drama yang telah ditayangkan.
Perangai cukup ‘binatang’
Siapa sangka, disebalik beberapa kontroversi yang pernah menghambat dirinya dan ibu beberapa tahun kebelakangan ini, ada cerita duka yang tidak pernah dikongsikan kepada semua.
Menerusi saluran YouTube Brosgangs, Aqish telah menceritakan secara terbuka beberapa hal hingga menjadikan dirinya yang sekarang.
Dalam salah satu pendedahannya yang agak mengejutkan ramai termasuklah host podcast tersebut adalah kelakukan darah dagingnya iaitu bapa kandung sehingga dia dan ibu teruk dicemuh masyarakat sehingga kini.
“Aqish benci sangat orang tu”
Dengan linangan air mata, pelakon berusia 16 tahun itu memaklumkan bahawa ketika masih kecil, dia dan ibu perlu menghadapi ‘perangai liar’ bapanya yang sangat keterlaluan.
Beberapa perkara berbentuk serangan seksual dan perilaku jijik lelaki itu masih diingati sehingga dia tidak kisah andai tidak lagi bertemu bapanya selepas ibu dan lelaki tersebut berpisah.
@brosgangtv Kisah sebenar puteri balqis yang semua tak tahu ! #brosgangtv #brosgang #fy #fyp ♬ original sound – brosgangtv
Dia juga meminta maaf kepada ibu kerana sudah tidak tahan lagi untuk berdiam diri memandangkan sejak duhulu mereka merahsiakan perkara tersebut walaupun ibunya teruk dihentam masyarakat tanpa mengetahui hal sebenar dalam keluarga.
“Ni kali pertama & terakhir saya bercakap sebebas ini”
Puteri Baqis juga sempat memuat naik potongan daripada temubual tersebut di akaun Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen qoute ayat dari Friedrich Neitzsche.
“Hidup adalah untuk menderita, bertahan adalah untuk mencari makna dalam penderitaan.” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua host kerana sudi menjemputnya dalam segmen ‘Walk The Talk ‘dan memaklumkan apa yang dikongsikan adalah yang pertama serta terakhir lebih-lebih lagi berkenaan kisah pahit yang dihadapinya.
Tak semua orang hadapi hidup yang indah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan simpati dengan apa yang sebenarnya dilalui oleh gadis manis itu dalam hidupnya.
Warganet juga berharap agar orang ramai tidak menjatuhkan hukum sesuka hati kepada pelakon itu dan ibunya kerana kisah sebenar yang terjadi dalam hidup mereka hanya diketahui oleh mereka sendiri.
Perangai jijik seorang bapa
Sumber” YouTube Brosgangtv, Instagram morosechild, TikTok brosgangtv
Leave a Reply